Tuesday, January 18, 2011

Syaitan pun terkejut...

(cerita ini hanyalah rekaan semata-mata untuk menyindir orang yang tak solat)


Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh.Entah bagaimana awalnya,akhirnya mereka mengikat tali persahabatan.Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh jadi sahabat aku...!"
Begitu juga ketika waktu Zohor,orang itu masih tidak mengerjakan solat,setan tersenyum lebar sambil berkata "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"Ketika waktu Asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya,setan mulai terdiam...Kemudian ketika datangnya waktu maghrib,temannya itu ternyata tidak solat juga,maka setan mulai gelisah,senyumnya sudah berubah menjadi kecut.Dari wajahnya nampak seolah-olah sedang mengingat sesuatu.Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya,maka setan itu sangat panik.Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi,dihampiri sahabat manusianya itu sambil berkata penuh ketakutan, "Wahai sahabat,aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"Dengan kehairanan manusia itu bertanya,"Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?"."Aku takut",jawab setan dengan suara gementar."Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintahNYA,iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam,telah dilaknatNYA apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNYA tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka ALLAH kepadamu!",kata setan sambil beredar pergi.

Thursday, January 13, 2011




Buat adik2 yang amik SPM tahun ni...Gud Luck..do the best..as best as you can...this is your chance..so dont waste it...

Tuesday, January 11, 2011

IPTA mana pilihan anda..???

Agaknyer kemana kita selepas keputusan SPM diumumkan nanti..

IPTA

Antara Universiti dan Kolej Universiti Awam di Malaysia :
1.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2.Universiti Malaya (UM)
3.Universiti Malaysia Sabah (UMS)
4.Universiti Putra Malaysia (UPM)
5.Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUiTTHO)
6.Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM)
7.Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
8.Universiti Utara Malaysia (UUM)
9.Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
10.Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM)
11.Universiti Sains Malaysia (USM)
12.Universiti Teknologi Mara (UiTM)
13.Kolej Universiti Kebangsaan Utara Malaysia (KUKUM)
14.Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
15.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
16.Kolej Universiti Sains dan Teknologi (KUSTEM)
17.Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM).

Pilihlah yer...

Program-program yang ditawarkan :

Program Diploma
    Program Diploma ialah program ang menerima kemasukan pelajar lepasan SPM bagi mengikuti program-program di IPTA.Biasanya tempoh masa bagi program ini ialah 3 tahun atau 6 semester.Pemegang diploma berpeluang sama ada meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pertama atau memasuki alam pekerjaan.


Program Ijazah Sarjana Muda
     Program ijazah pertama bagi lepasan SPM biasanya mengambil masa empat hingga lima tahun (8-10 semester) dan lulusan Ijazah pertama ini dianugerahkan Sarjana Muda (Bachelor) sama ada Sarjana Muda Ijazah Am (General Degree) atau Sarjana Muda Kepujian (Hon.) berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.


Program Integrasi (di UTM sahaja)
     Program Integrasi merupakan kursus yang memberi peluang kepada pelajar menentukan kelayakannya,sama ada turun ke peringkat diploma atau naik ke peringkat ijazah pertama.Peluang ini ditentukan berdasarkan prestasi pencapaian semasa ujian dalam tempoh program integrasi tersebut.


Program-program Persediaan (di UiTM sahaja)
     Program persediaan (Pra) ditawarkan kepada pelajar yang cemerlang untuk mengikuti kursus tertentu di institusi yang sama (dalam negara) atau program ke luar negara.Ini bertujuan memantapkan lagi persediaan ke peringkat pengajian ijazah kelak atau persediaan penyesuaian silang budaya di Malaysia dan semasa menuntut di luar negara.

Monday, January 10, 2011

Apa nak buat...?????

Boringla cuti lama-lama ni..terasa mcm nak keje pn ad..nk belajar pn ad...hurm....mane lg baek...lau keje dpt duit...lau bljr dpt ilmu...aduishhh...PLKN pn lmbt lg...ap agaknyer kwn2 yg laen buat ek time cuti2 ni...lau aku..mcm biase r..dk rumah..lepak2...hurm..anyway..walau apa yang kita buat time cuti ni jgn buat benda tak elok sudah la...no smoke..no drug..no clubbing...ok...wt keje elok2...=)peace no war..

Thursday, January 6, 2011

Tuesday, January 4, 2011

Gemilang Ilmu

Ilmu pemangkin generasi hadhari,
Tanpa ilmu gelaplah dunia,
Tanpa ilmu terpesonglah agama,
Ilmu penyuluh hidup berzaman,
Tanpa ilmu musnahlah bangsa,
Runtuhlah negara,
Hidup terumbang ambing,
Bagai perahu dipukul ombak,
Tidak tahu arah tujuan,
Tidak kenal jalan pulang,
Tuntutlah ilmu semasa muda,
Bila tua hidup berjasa,
Menjadi ingatan setiap manusia,
Ilmu tak kenal pangkat atau darjat,
Bangsa atau agama,
Rupa paras atau kemewahan,
Bagi insan yang berusaha pastikan berjaya,
Ilmu tidak akan habis,
Tapi akan sentiasa bertambah,
Hargailah ilmu..
Tuntutlah ilmu..
Agar cerah masa depan,
Menjadi rakyat yang setia,
Menjadi pemimpin berwibawa,
Untuk negara,bangsa dan agama,
Ilmu dijulang taqwa landasan,
Hidup bahagia syurga jaminan,
Gemilang ilmu..
Tamadun dijulang,
Menjadi warisan zaman berzaman,
Menjana modal ummah cemerlang,
Wawasan insan terbilang,
Ilmulah asasnya...

Monday, January 3, 2011

Selamat Menempuhi Alam Pendidikan 2011

Sekolah dah bukak...dan pastinya adik-adik kita sudah memulakan sesi persekolahan yang baru...seronoknya mereka...bermacam-macam ragam yang dapat dilihat terutama adik-adik yang baru melangkah ke alam sekolah rendah...teringat pulak masa pertama kali melangkah masuk ke darjah 1..ramai yang menangis sebab nak mak dengan ayah temankan...tapi tak lama..bila dah ada kawan mesti ok la...apa-apa pun belajarlah bersungguh-sungguh supaya kita dapat menghadiahkan kejayaan buat mak dan ayah yang bersusah payah berkorban untuk kita...