Sunday, February 13, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 H/2011 M

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman.Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab,sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.Dan setelah kedatangan Islam Rasulullah telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa Penting Bulan Rabiulawal


1.Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
2.Pelantikan Nabi Muhammad menjadi Rasul.
3.Hijrah ke Kota Madinah.
4.Peperangan Safwan,Bawat,Zi Amar,Bani An Nadhir dan Daumatul Jandan.
5.Wafatnya Nabi Muhammad SAW.
6.Abu Bakar R.A menjadi khalifah.
7.Pembukaan Iraq dan Baitul Maqdis
8.Kejatuhan Empayar Islam Sepanyol


Kelahiran Nabi Muhammad SAW.


Rasulullah dilahirkan dirumah bapa saudaranya,Abu Talib pada awal pagi hari Isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 Masihi.Beberapa minggu menjelang kelahiran nabi Muhammad,Kota Makkah dikejutkan dengan berita pencerobohan Abrahah,pemerintah Yaman yang ingin menyerang Makkah untuk menghancurkan Kaabah.Bagaimanapun,sebelum berjaya melaksanakan cita-cita itu,Abrahah dan tenteranya dihancurkan Allah,sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Fil.Justeru,saat kelahiran Baginda itu dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa serangan Abrahah terhadap Kota Makkah.


Selepas dilahirkan,bonda Baginda tidak dapat menyusukan baginda dengan baik.Oleh itu,Aminah menyerahkan Baginda kepada Suwaibah Al-Aslamiah untuk disusukan.Selepas itu,Baginda diserahkan pula kepada Halimatus Sa'adiah,wanita Bani Sa'ad Bakr,untuk disusukan.Nabi Muhammad hanya dikembalikan kepada Aminah selepas usia lima tahun.


Selepas itu,Aminah bersama Muhammad berangkat ke Madinah untuk menziarahi makam suaminya,Abdullah.Ketika dalam perjalanan pulang dari Madinah,di suatu dusun bernama Abwa,Aminah kembali ke rahmatullah.


Sebagai anak yatim,baginda hidup bersama datuk dan bapa saudara Baginda iaitu Abdul Mutalib serta Abi Talib.Abi Talib seorang pedagang,sentiasa membawa Baginda berniaga di Syam.


Sebagai seorang insan terpilih,Baginda sentiasa mengamalkan sifat terpuji dan sentiasa menampilkan akhlak mulia.Baginda mendirikan rumahtangga pada usia 25 tahun dengan Khadijah Al-Khuwailid.Hasil perkongsian hidup dengan Khadijah,Baginda dikurniakan tujuh anak iaitu Qasim,Fatimah,Zainab,Ruqayyah,Umi Kalthum,Ibrahim dan Abdullah.Nabi Muhammad adalah Rasul yang mempunyai darjat mulia disisi Allah.Baginda bersifat maksum yakni terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.Baginda kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke-11 Hijrah bersamaan 7 Jun 632 Masihi,ketika berusia 63 tahun.

No comments:

Post a Comment