1. MUHARRAM
MUHARRAM adalah titik permulaan. Padanya bermula perkiraan Taqwim Islam setelah sekian lama umat manusia dibelenggu oleh percaturan kuasa besar Rom dan Parsi. Ia juga menjadi lambang kepada tarikh sejarah penghijrahan dalam usaha mendukung pegangan dari kezaliman yang semakin mencengkam hingga menggugat kehidupan.
Kesinambungan Hijriah didasarkan kepada rungkaian peredaran bulan yang dipetik dari hikmah al-Quran. Padanya jugalah tersemat sejarah manis dan pahit, dari sejarah mencari kedamaian di perantauan hinggalah pembunuhan cucu penghulu segala manusia lantaran merebut kekuasaan.
Semoga Muharram akan memberi satu kekuatan kepada kita demi mengharungi kehidupan insan yang bakal menghadapi segala rintangan serta cabaran dalam perjalanan menggapai keredhaan Ilahi, insya Allah.

2. SAFAR
SAFAR sering dikaitkan dengan kesedihan dan bala bencana. Ini lantaran semua insan bersedih dengan geringnya manusia yang paling istimewa setelah Islam mula berkembang dan menyerbak harum di dunia. Namun, bulan ini bukanlah seperti yang selalu disangka. Tiadalah ia membawa sebarang petaka, melainkan segalanya milik mutlak Rabb Yang Maha Kuasa.
Saat geringnya Baginda yang mulia, masih lagi tersisa ingatan untuk umat yang bakal ditinggalkan. Pengorbanan yang tulus tanpa mengenal erti mengalah mesti selalu disemat di dalam sanubari agar sunnah dan pesanan Baginda tetap diamalkan dan abadi di dalam diri.

RABIULAWAL membawa kegembiraan kepada umat manusia. Padanya telah lahir insan mulia yang membawa berita gembira kepada mereka yang taat dalam amalan dan khabar duka kepada yang lalai leka dengan kemaksiatan. Dia adalah Rasulullah SAW utusan Khaliq untuk umat akhir zaman.
Kelahiran Baginda membawa rahmat. Sementara kewafatan Baginda pula menjadi ratap tangisan umat. Hati mana yang tidak terhiris, hinggakan saat nyawa terpisah, umatlah yang masih bermain di ingatan. Kalimah “Ummati, ummati,” sentiasa di bibir, lantaran sayang dan kasihkan kita umat yang terakhir. Namun, mampukah kita membalas kasih sayang Baginda SAW?
Semoga Rabiulawal mengingatkan kita pada kelahiran Baginda SAW, seterusnya menjadikan kita umat yang kasih serta menyayanginya. Walaupun tidak setebal kasih sayang yang telah Baginda berikan namun cukuplah jika amalan dan sunnahnya dapat dipraktikkan, insya Allah.

4. RABIULAKHIR
PERTEMUAN dua insan yang melakar sejarah keagungan dunia bermula pada bulan Rabiulakhir. Rasulullah SAW dan Khadijah RA telah disatukan setelah Ummul Mukminin itu terpikat lantaran amanah dan kejujuran yang tiada tandingan. Walau berbeza usia, namun kasih sejati yang diberi memupuk kekuatan dalam mengharungi cubaan ketika menjalankan amanah Pencipta alam semesta.
Kenangan bersama Khadijah sering dicemburui, lantaran menjadi sebutan serta selalu diingati. Itulah hakikatnya cinta pertama yang mekar semerbak membekalkan semangat waja, membantu Baginda dalam menyebarkan wahyu Ilahi ketika hanya segelintir sahaja manusia yang beriman dan percaya.
Semoga Rabiulakhir ini dapat menginsafkan kita betapa keluarga dan harta Baginda SAW telah dikorbankan demi kesejahteraan makhluk yang bernama insan, agar kita terus dalam peliharaan dan rahmatNya, insya Allah.
5.JAMADILAWAL
SEPERTI bulan-bulan lain, Jamadilawal datang menyapa membawa pelbagai kenangan antara suka dan duka. Padanya zaman khalifah Umar Abdul Aziz mula memerintah negara sehingga ketika itu beliau diangggap menjadi khalifah ar-Rasyidun yang kelima, lantaran keadilan dan kesaksamaan dalam pentadbiran hal ehwal rakyat jelata.
Namun keadilan yang dipaparkan itu hanya sementara kerana diumur yang muda beliau telah dipanggil menghadap ke hadrat Allah yang Maha Esa. Meninggalkan sejarah serta kemanisan hidup kepada manusia agar terus berpegang kepada syariat dan sunnah baginda Rasul yang mulia.
6.JAMADILAKHIR
JIKA semua cinta masih bersisa, cinta para sahabat terhadap Nabi SAW tidak meninggalkan baki walaupun sebesar zarah huma. Segala yang ada dikorbankan, lantaran Allah dan Rasul sahajalah yang menjadi impian. Itulah apa yang telah dilakukan oleh Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq RA dan para sahabat lain.
Jamadilakhir menjadi saksi, bahawa diri yang tetap membenarkan Baginda SAW telah dipanggil Ilahi. Diganti dengan insan yang kental lagi berani. Umar al-Khattab RA yang pada awalnya memusuhi namun setelah hidayah Allah diberi, dialah yang paling menyayangi serta membela Rasul Terakhir ini. Masakan tidak, siapakah yang berani mengatakan bahawa baginda telah tiada lagi, jika tidak disanggah oleh kekuatan tangan para pencinta Nabi?
Semoga Jamadilakhir membawa kisah yang begitu nostalgia bagi umat Islam dapat kita jadikan teladan bagi mengikuti jejak langkah mereka demi kebahagiaan hari kemudian, insya Allah.

7. REJAB
REJAB datang membawa pesanan. Padanya kefardhuan solat lima waktu mula diwartakan ketika Rasulullah SAW menjalani peristiwa Israk dan Mikraj dalam menyahut seruan, menghadap ke pangkuan Ilahi. Di samping mukjizat peristiwa itu menjadi penghibur kepada Baginda SAW setelah dibelenggu kesedihan yang berganda lantaran kehilangan isteri serta bapa saudara yang telah banyak menghulurkan bantuan.
Keajaiban Israk dan Mikraj masih lagi mencabar insan hingga kini agar tunduk dan patuh kepada Khaliq, Pencipta jagat raya dan segala apa yang terdapat di dalamnya. Betapa Besarnya Kekuasaan Allah SWT yang menjalankan hambaNya merentasi kejauhan bumi hingga melangkaui ketinggian langit dunia dalam satu pertiga malam dan kemudian kembali semula.

8.SYAABAN
SYA’BAN adalah bulan persediaan. Ia sering dihiasi oleh Nabi SAW dengan puasa sunat, melebihi dari puasa Baginda di bulan yang lain sebagai persediaan diri sebelum bermulanya Ramadhan. Selain persediaan Ramadhan terkandung juga di dalamnya malam Nisfu Sya’ban, yang membawa keberkatan sepertimana Lailatul Qadar dan malam penurunan al-Quran.
Bulan ini menjanjikan kedamaian kepada jiwa yang ingin menghampiri Khaliqnya. Para kekasih Allah sering berdoa di dalamnya agar mereka dapat menempuhi bulan ini dengan penuh ketaatan di samping kurniaan umur yang panjang untuk menghuni serta menempati Ramadhan.

9.RAMADHAN
RAMADHAN merupakan bulan ujian terhadap keimanan dan kesabaran. Padanya terdapat berbagai keberkatan hingga menarik perhatian insan-insan yang dahagakan keampunan dan rahmat dari Penciptanya. Di dalamnya terjadi peperangan yang pertama sehingga terpisahnya kebenaran dari kebatilan.
Bulan ini adalah bulan berlakunya penurunan al-Quran, yang menjadi petunjuk serta pedoman bagi umat manusia mencapai kebahagiaan dan keselamatan di dunia serta pada hari pembalasan. Selain itu, terdapat juga malam Lailatul Qadar, khusus bagi mereka yang ingin meningkatkan ketakwaan dan melipat gandakan ganjaran amalan.
10.SYAWAL
SYAWAL bulan kemenangan setelah sebulan menahan diri dengan berpuasa. Kegembiraan terpancar dalam seruan takbir, tahmid dan tasbih memuja Allah yang Maha Esa. Betapa tidak, inilah bulan yang membawa bahagia terhadap semua insan sama ada kaya mahupun miskin melara. Yang kaya gembira mengeluarkan zakat firtah yang wajib baginya, sementara yang miskin menikmati rahmat dari syariat Allah Yang Berkuasa.
Namun di sebalik kegembiraan, ada juga insan yang lari dari landasan agama. Keseronokan yang melampaui batasan hingga membawa kemurkaan Pencipta alam semesta. Adakah ini sifat yang sempurna setelah jiwa dibersih dengan amalan, kita sering lagi lalai dan terleka.

11. ZULKAEDAAH
ZULKAEDAH menjadi persediaan kepada para tetamu Allah demi menyahut seruan yang sekian lama dikumandangkan. Pada bulan inilah baginda Rasul SAW memulakan perjalanan menuju Baitullah untuk menunaikan ibadat Haji buat kali terakhir. Sayu Madinah menyaksikan, sangsi jikalau insan yang mulia ini tidak kembali semula setelah pulang ke tanah tumpah darah yang amat dirindui.
Padanya juga terselit kisah kemenangan tentera Allah yang kecil lagi lemah menewaskan manusia durjana yang mencabar dan memperlekehkan segala seruan Rasul utusan Allah. Itulah Namrud, yang tewas dan dihina dengan nyamuk sekecil-kecil makhluk yang Allah ciptakan.
Semoga kita dapat mengambil iktibar atas segala peristiwa yang berlaku pada bulan Zulkaedah ini, seterusnya menjadi manusia yang taat dan gembira dapat mendampingi Allah Yang Maha Esa, insya Allah.
12.ZULHIJJAH
SERUAN Haji kedengaran lagi. Bermula sejak dari zaman Nabi Ibrahim AS hingga ke akhir hayat dunia ini. Berlinangan air mata gembira lantaran hajat yang selama ini terpendam akhirnya terlaksana. Sementara bagi mereka yang belum lagi berkemampuan, ibadah korban tersedia sebagai penyejuk jiwa dan simbol ketaatan pada Yang Maha Esa.
Zulhijjah sering dinantikan bagi insan yang ingin melihat tanda-tanda kebesaranNya di Tanah Suci tumpuan. Padanya sejarah pengorbanan Nabi Allah Ismail dirakam. Tunduk dan patuh mengorbankan diri, lantaran ayahanda Nabi Ibrahim AS menerima wahyu melalui mimpi. Itulah sejarah yang kekal di sanubari setiap insan yang menjadi Mukmin sejati.
Semoga kita berupaya melakukan pengorbanan suci demi kesinambungan agama Allah SWT di alam ini. Walaupun tidak setaraf dengan pengorbanan yang telah dilalui oleh para Rasul dan Nabi-nabi, namun diharapkan umat akan terkesan dan menginsafi, insya Allah.
No comments:
Post a Comment