Sunday, February 13, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 H/2011 M

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman.Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab,sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.Dan setelah kedatangan Islam Rasulullah telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa Penting Bulan Rabiulawal


1.Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
2.Pelantikan Nabi Muhammad menjadi Rasul.
3.Hijrah ke Kota Madinah.
4.Peperangan Safwan,Bawat,Zi Amar,Bani An Nadhir dan Daumatul Jandan.
5.Wafatnya Nabi Muhammad SAW.
6.Abu Bakar R.A menjadi khalifah.
7.Pembukaan Iraq dan Baitul Maqdis
8.Kejatuhan Empayar Islam Sepanyol


Kelahiran Nabi Muhammad SAW.


Rasulullah dilahirkan dirumah bapa saudaranya,Abu Talib pada awal pagi hari Isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 Masihi.Beberapa minggu menjelang kelahiran nabi Muhammad,Kota Makkah dikejutkan dengan berita pencerobohan Abrahah,pemerintah Yaman yang ingin menyerang Makkah untuk menghancurkan Kaabah.Bagaimanapun,sebelum berjaya melaksanakan cita-cita itu,Abrahah dan tenteranya dihancurkan Allah,sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Fil.Justeru,saat kelahiran Baginda itu dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa serangan Abrahah terhadap Kota Makkah.


Selepas dilahirkan,bonda Baginda tidak dapat menyusukan baginda dengan baik.Oleh itu,Aminah menyerahkan Baginda kepada Suwaibah Al-Aslamiah untuk disusukan.Selepas itu,Baginda diserahkan pula kepada Halimatus Sa'adiah,wanita Bani Sa'ad Bakr,untuk disusukan.Nabi Muhammad hanya dikembalikan kepada Aminah selepas usia lima tahun.


Selepas itu,Aminah bersama Muhammad berangkat ke Madinah untuk menziarahi makam suaminya,Abdullah.Ketika dalam perjalanan pulang dari Madinah,di suatu dusun bernama Abwa,Aminah kembali ke rahmatullah.


Sebagai anak yatim,baginda hidup bersama datuk dan bapa saudara Baginda iaitu Abdul Mutalib serta Abi Talib.Abi Talib seorang pedagang,sentiasa membawa Baginda berniaga di Syam.


Sebagai seorang insan terpilih,Baginda sentiasa mengamalkan sifat terpuji dan sentiasa menampilkan akhlak mulia.Baginda mendirikan rumahtangga pada usia 25 tahun dengan Khadijah Al-Khuwailid.Hasil perkongsian hidup dengan Khadijah,Baginda dikurniakan tujuh anak iaitu Qasim,Fatimah,Zainab,Ruqayyah,Umi Kalthum,Ibrahim dan Abdullah.Nabi Muhammad adalah Rasul yang mempunyai darjat mulia disisi Allah.Baginda bersifat maksum yakni terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.Baginda kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke-11 Hijrah bersamaan 7 Jun 632 Masihi,ketika berusia 63 tahun.

Wednesday, February 2, 2011

Tunjuk Perasaan di Mesir

Dah agak lama saya dengar berita tentang tunjuk perasaan di Mesir untuk meminta Preside Housni Mubarak meletakkan jawatan...pelbagai perkara telah dilakukan bagi menambah tekanan di pihak kerajaan...namun kejadian-kejadian ini telah menjejaskan keselamatan bagi penduduk dari luar Mesir sama ada yang masih menuntut ataupun yang telah bekerja...berita sebegini pastilah menimbulkan keraguan kepada ibubapa terutama ibubapa di Malaysia tentang keselamatan anak mereka di sana...Pastilah seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kesejahteraan rakyat Malaysia disana..

Adakah Mesir bakal menjadi seperti Iran..???Adakah corak pemerintahan Housni Mubarak serupa dengan corak pemerintahan Dinasti Pahlavi di Iran suatu ketika dahulu..Kalaulah itulah penyebabnya pasti kerajaan Mesir bakal berdepan masa depan yang malap..

Saya singkap balik sejarah Dinasti Pahlavi..Raja Pahlavi iaitu Mohd Shah Pahlavi telah dugulingkan pemerintahannya pada tahun 1980 an..Hal itu berlaku kerana Raja Mohd Shah Pahlavi telah memerintah secara "kuku besi".Apabila telah digulingkan Raja Mohd Shah Pahlavi telah keluar dari Iran dan meninggal dunia setahun kemudian.

Namun nasib yang amat malang menimpa keluarga bekas pemerintah diktator apabila dua dari ahli keluarganya meninggal dunia dalam keadaan yang mengaibkan bagi sebuah keluarga Diraja..Kemuadian timbul pula spekulasi yang mengatakan bahawa itu adalah sumpahan bagi keluarga Pahlavi..Berita kematian yang mengaibkan itu pastinya menggembirakan rakyat yang pernah berada dibawah pemerintahan Dinasti Pahlavi..Sesungguhnya berita itu tidaklah sehangat mana kerana keluarga ini berada dalam buangan..

Berbalik kepada huru-hara di Mesir...pastinya kita mengharapkan adanya keamanan disana kerana begitu ramai sekali rakyat Malaysia yang sedang menuntut atau bekerja di sana...Alahamdulillah juga apabila rakyat Malaysia bakal dipindahkan ke negara-negara terdekat sebelum diputuskan untuk pulang ke ke Malaysia...Keluarga juga pastinya mengharapkan kepulangan anak-anak mereka dengan selamat...Saya juga mendoakan keselamatan bagi semua rakyat Malaysia di Mesir..Semoga ALLAH menyelamatkan orang-orang yang kita sayang...AMIN..