Friday, January 28, 2011

Kongsi Resipi

Hari ni saya rasa macam nak kongsi resipi je..apa kata hari ni kita belajar buat TIRAMISU...lagipun drama TIRAMISU tgh top sekarang ni..


    TIRAMISU dalam bahasa Itali bermaksud 'gembirakanlah hatiku'.Jadi, pastilah bila anda menyediakannya, anda akan menggembirakan hati seseorang dengan kesedapannya yang tidak terkata.nyumm nyum nyumm..(^___^)

Bahan-bahan
200gm whipping cream
250gm cream cheese
30ml susu segar
80gm gula icing
18-20 keping biskut span ( boleh diganti dengan cebisan kek span)
170ml air kopi ( dicampur gula)
Serbuk koko secukupnya
30gm parutan coklat
Strawberries utk hiasan

Cara membuatnya
1. Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan
2. Putar cream cheese hingga lembut. Pastikan cream cheese dibiarkan dalam suhu bilik sebelum digunakan
3. Masukkan susu dan gula. Putar lagi hingga ringan
4. Campurkan whipping cream dengan dengan cream cheese, kacau rata
5. Celupkan biskut ke dalam air kopi. Susun beberapa keping dalam mangkuk kaca
6. Ratakan separuh campuran krim
7.Ayak serbuk koko diatasnya. Ulang langkah 5 hingga 7 sehingga habis biskut dan krim
8. Hiaskan dengan strawberries..

                                         "SELAMAT MENCUBA YER!!!"

Sunday, January 23, 2011

Ciri-ciri Bidadari Syurga

1. Dipingit di kemah-kemah

tentang ciri mereka, Allah ta’ala berfirman,

maksudnya : “(bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam kemah.”(ar-rahman: 72)

maqshuratun maksudnya adalah mahbusatun (yang ditahan). abu ubaidah berkata, “mereka dipingit di kemah-kemah”

*terdapat penafsiran lain bahawa mereka hanya terfokus kepada suami mereka di khemah-khemah mereka dan tidak tertarik melihat lelaki selain suaminya.

2. Cantik wajahnya dan bagus akhlaknya

Allah ta’ala berfirman,

Maksudnya, “di dalam surge-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik”(ar-rahman : 70)

*cantik pada pandangan manusia adalah berbeza-beza. Dan Allah iaitu Tuhan yang menciptakan segala manusia yang kita anggap cantik ini telah berfirman bahawa bidadari itu cantik, jadi begitu cantik bidadari kerana yang mengatakan cantiknya adalah pemilik segala kecantikan.

3. Perawan, kaya cinta dan sebaya

Allah ta’ala berfirman,

Maksudnya, “sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung. Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya. (kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan.”(Al-waqiah : 35-38)

4. Payudaranya montok

Firman Allah ta’ala

Maksudnya,”sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapatkan kemenangan. (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur. Dan gadis-gadis remaja yang sebaya.”(an-naba’:31-33)

Kawa’iba adalah kata jamak dari kata ka’ibun yang berarti wanita yang montok payudaranya. Qatadah, mujahid dan pakar tafsir berkata, “al-kalbi berkata, ‘mereka adalah wanita-wanita yang menonjol payudaranya dan bulat. Asal muasal kata tersebut dari al-istidarah yang berarti bulat. Maksudnya bahwa payudara mereka montok laksana buah delima dan tidak menjulur ke bawah. Mereka digelari nawahid dan kawa’ib(wanita-wanita yang montok payudaranya)’."

5. Kulitnya mulus

Allah ta’ala berfirman

Maksudnya, “da nada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik.”(al waqiah : 22-23)

*seperti yang terdapat dalam buku mufti Abdullah nana bahawa perempuan dikatakan seperti mutiara kerana kebersihan dan keputihan kulitnya.

Di lain ayat “seakan-akan mereka adalah telur yang tersimpan dengan baik”(as-saffat:49)

*allamah alusi menjelaskan bahawa ia adalah telur yang belum pernah disentuh oleh tangan manusia, jadi ia bersih dari sebarang kekotoran atau habuk.


*WANITA SOLEHAH 70 KALI LEBIH CANTIK DARI BIDADARI SYURGA
*WANITA SOLEHAH KETUA BIDADARI SYURGA


Saturday, January 22, 2011

Jom Cari Cinta Allah

CINTA ALLAH...Cinta Allah yang abadi..

sebagai umat islam, cinta paling utama yang wajib kita letakkan didalam hati kita dan yang akan menjadi tunjang kepada cinta kepada yang lain adalah cinta kepada Allah SWT.Kenapa perlu kita mencintai Allah??
kerana Allah yang menjadikan kita, memberikan kita kesempatan untuk hidup dan beramal kepada-Nya..
kerana akhirnya kita akan kembali kepada Allah..
dan dunia ini adalah sementara dan tidak kekal, akhirat lah yang kekal..
kehidupan di dunia ini hanyalah suatu tempat persinggahan sebelum kita meneruskan kehidupan di alam akhirat, didunia inilah masanya untuk kita mengumpul sebanyak mana 'harta' yang membolehkan kita menempah tiket ke syurga..dengan itu, setiap apa yang kita lakukan didunia ni, biarlah dengan niat yang baik, niat untuk beribadah kerana Allah..setiap perkara baik yang kita lakukan, berserta dengan niat kerana Allah, insyaAllah akan dikurniakan ganjaran olehNya.

solat kerana Allah..
puasa kerana Allah..
zakat kerana Allah..
study kerana Allah..
kahwin kerana Allah..
bersahabat kerana Allah..
etc..

cinta kepada manusia yang lain juga haruslah berpandukan kepada cinta kepada Allah..

"aku mencintaimu kerana Allah.."
"aku ingin menjadikan kamu sebagai isteriku kerana Allah.."memilih calon isteri/suami bukannya melalui paras rupa yang menawan, harta dan pangkat dan sebagainya..lihat kepada agama, budi bahasa nya dan jugak keserasian..Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).jelas menunjukkan bahawa agama merupakan faktor yang paling penting sekali dalam pemilihan seorang isteri.. selain dari itu, kalau saya, saya jugak melihat kepada keserasian.. kalau tak serasi, susah jugak untuk meneruskan bahtera suatu perkahwinan itu..
cinta kepada manusia yang tidak berlandaskan kepada cinta Allah sememangnya seronok bagi pasangan yang belum berkahwin tapi apabila dah berkahwin, cinta itu dah tak seronok dan semakin lama semakn pudar..
kerana apa?? kalau sebelum kahwin dah pegang sana pegang sini, buat itu dan buat ini, apa lagi yang tinggal untuk dibuat bila dah kahwin nanti??semua benda dah pernah buat dan rasa, nikmat cinta pun sudah semakin kurang, lama-lama mula lah si suami pukul isteri, cari wanita lain dan sebagainya..kalau kita memilih untuk mencintai manusia kerana Allah, kita bercinta selepas kahwin..bayangkan betapa banyaknya yang kita boleh buat bersama, almaklumlah baru nak bercinta..keluar dating bersama, makan bersama, buat itu dan ini bersama, alangkah indahnya cinta itu kan.. apatah lagi jika cinta itu terus disulamkan dengan cinta ilahi..
mashaAllah..alangkah indahnya..semoga kita dijauhkahkan dari perkara zina dan maksiat, dan perkara2 yang membawa kita ke arah zina dan maksiat..jika batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita dijaga sebelum kahwin, insyaAllah Allah akan reda dan mengurniakan barokah kepada kehidupan kita. insyaAllah.jom, sama-sama mengejar cinta ilahi...Walaupun ia sukar dan memerlukan pengorbanan dan usaha yang sungguh2..teruslah berusaha...kerah tenaga...berdoa dan bertawakal lah..moga Cinta Ilahi dapat kita kecapi..YA ALLAH dekatkan aku dengan apa saja yang mendekatkan aku dengan CINTAMU ..AMIN

Sifat Mazmumah

(dipetik dari Buletin Tarbiah edisi 2006)


Memperkatakan sifat-sifat mazmumah adalah mudah,mengesan sifat-sifat itu amat susah, memperkatakan dengan ilmu mudah macam sudah tiada tapi mengesan dengan rasa amat payah kerana itulah orang yang memperkatakan mazmumah penuh hatinya dengan mazmumah namun dia tidak terasa didalam memperkatakan ego dan sombong diwaktu itulah ego dan sombong kita membumbung.Di dalam menceritakan ujub dan riyak diwaktu itulah datang ujub dan riyak,makin tinggi suara makin tinggi ujub dan riyak.Kalau Tuhan tidak membantu kita di waktu itu kita juga tidak terasa adanya ujub dan riyak di waktu itu.Adakalanya di waktu kita berbicara itu mata menangis rupanya airmata riyak,bukan airmata insaf!Susahnya mengesan mazmumah apalagi membuangnya.

Friday, January 21, 2011

Kekayaan Bukan Banyaknya Harta

Dari Abu Hurairah,Rasulullah bersabda :
"Wahai manusia,kekayaan itu bukanlah kerana banyaknya harta,tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa.Sesungguhnya Allah Azzawajlla memberikan kepada hambanya apa yang sudah ditetapkan bahagian rezeki untuk dirinya.Kerana itu berlaku baiklah kamu dalam mencari rezeki.Ambillah apa yang halal dan tinggalkan apa yang haram."(Riwayat Abu Ya'la pada asalnya pada Bukhari dan Muslim).Orang yang kaya bukanlah orang yang banyaknya harta tetapi orang yang kaya ialah orang yang mampu menahan hawa nafsunya dari sifat tamak haloba dan bakhil dalam mengumpul harta.

Wednesday, January 19, 2011

Bilakah Meminta-Minta Dibolehkan

Dari Qabishah bin Mikharij Al Hilal bersabda Rasulullah :
"Bahawasanya meminta-minta itu tidak halal,melainkan salah seorang dari tiga golongan :
1.Seorang yang menanggung hutang orang lain maka halal baginya meminta-minta sehingga ia dapat menjelaskannya,kemudian ia mesti berhenti meminta-minta tersebut.
2.Seseorang yang tertimpa ke atas dirinya sesuatu bencana atau malapetaka yang memusnahkan hartanya,maka halal baginya meminta-minta hinggalah mendapat perlindungan yang tetap.
3.Dan seseorang yang menjadi papa hingga tiga orang yang waras darinya mengatakan "Sesungguhnya ia telah menjadi papa,maka halal baginya meminta-minta hingga ia mendapatkan penghidupan yang tetap.
(Riwayat Muslim,Abu Daud,Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hiban).

Tuesday, January 18, 2011

Syaitan pun terkejut...

(cerita ini hanyalah rekaan semata-mata untuk menyindir orang yang tak solat)


Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh.Entah bagaimana awalnya,akhirnya mereka mengikat tali persahabatan.Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh jadi sahabat aku...!"
Begitu juga ketika waktu Zohor,orang itu masih tidak mengerjakan solat,setan tersenyum lebar sambil berkata "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"Ketika waktu Asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya,setan mulai terdiam...Kemudian ketika datangnya waktu maghrib,temannya itu ternyata tidak solat juga,maka setan mulai gelisah,senyumnya sudah berubah menjadi kecut.Dari wajahnya nampak seolah-olah sedang mengingat sesuatu.Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya,maka setan itu sangat panik.Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi,dihampiri sahabat manusianya itu sambil berkata penuh ketakutan, "Wahai sahabat,aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"Dengan kehairanan manusia itu bertanya,"Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?"."Aku takut",jawab setan dengan suara gementar."Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintahNYA,iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam,telah dilaknatNYA apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud padaNYA tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka ALLAH kepadamu!",kata setan sambil beredar pergi.

Thursday, January 13, 2011




Buat adik2 yang amik SPM tahun ni...Gud Luck..do the best..as best as you can...this is your chance..so dont waste it...

Tuesday, January 11, 2011

IPTA mana pilihan anda..???

Agaknyer kemana kita selepas keputusan SPM diumumkan nanti..

IPTA

Antara Universiti dan Kolej Universiti Awam di Malaysia :
1.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2.Universiti Malaya (UM)
3.Universiti Malaysia Sabah (UMS)
4.Universiti Putra Malaysia (UPM)
5.Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUiTTHO)
6.Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM)
7.Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
8.Universiti Utara Malaysia (UUM)
9.Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
10.Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM)
11.Universiti Sains Malaysia (USM)
12.Universiti Teknologi Mara (UiTM)
13.Kolej Universiti Kebangsaan Utara Malaysia (KUKUM)
14.Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
15.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
16.Kolej Universiti Sains dan Teknologi (KUSTEM)
17.Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM).

Pilihlah yer...

Program-program yang ditawarkan :

Program Diploma
    Program Diploma ialah program ang menerima kemasukan pelajar lepasan SPM bagi mengikuti program-program di IPTA.Biasanya tempoh masa bagi program ini ialah 3 tahun atau 6 semester.Pemegang diploma berpeluang sama ada meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pertama atau memasuki alam pekerjaan.


Program Ijazah Sarjana Muda
     Program ijazah pertama bagi lepasan SPM biasanya mengambil masa empat hingga lima tahun (8-10 semester) dan lulusan Ijazah pertama ini dianugerahkan Sarjana Muda (Bachelor) sama ada Sarjana Muda Ijazah Am (General Degree) atau Sarjana Muda Kepujian (Hon.) berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.


Program Integrasi (di UTM sahaja)
     Program Integrasi merupakan kursus yang memberi peluang kepada pelajar menentukan kelayakannya,sama ada turun ke peringkat diploma atau naik ke peringkat ijazah pertama.Peluang ini ditentukan berdasarkan prestasi pencapaian semasa ujian dalam tempoh program integrasi tersebut.


Program-program Persediaan (di UiTM sahaja)
     Program persediaan (Pra) ditawarkan kepada pelajar yang cemerlang untuk mengikuti kursus tertentu di institusi yang sama (dalam negara) atau program ke luar negara.Ini bertujuan memantapkan lagi persediaan ke peringkat pengajian ijazah kelak atau persediaan penyesuaian silang budaya di Malaysia dan semasa menuntut di luar negara.

Monday, January 10, 2011

Apa nak buat...?????

Boringla cuti lama-lama ni..terasa mcm nak keje pn ad..nk belajar pn ad...hurm....mane lg baek...lau keje dpt duit...lau bljr dpt ilmu...aduishhh...PLKN pn lmbt lg...ap agaknyer kwn2 yg laen buat ek time cuti2 ni...lau aku..mcm biase r..dk rumah..lepak2...hurm..anyway..walau apa yang kita buat time cuti ni jgn buat benda tak elok sudah la...no smoke..no drug..no clubbing...ok...wt keje elok2...=)peace no war..

Thursday, January 6, 2011

Tuesday, January 4, 2011

Gemilang Ilmu

Ilmu pemangkin generasi hadhari,
Tanpa ilmu gelaplah dunia,
Tanpa ilmu terpesonglah agama,
Ilmu penyuluh hidup berzaman,
Tanpa ilmu musnahlah bangsa,
Runtuhlah negara,
Hidup terumbang ambing,
Bagai perahu dipukul ombak,
Tidak tahu arah tujuan,
Tidak kenal jalan pulang,
Tuntutlah ilmu semasa muda,
Bila tua hidup berjasa,
Menjadi ingatan setiap manusia,
Ilmu tak kenal pangkat atau darjat,
Bangsa atau agama,
Rupa paras atau kemewahan,
Bagi insan yang berusaha pastikan berjaya,
Ilmu tidak akan habis,
Tapi akan sentiasa bertambah,
Hargailah ilmu..
Tuntutlah ilmu..
Agar cerah masa depan,
Menjadi rakyat yang setia,
Menjadi pemimpin berwibawa,
Untuk negara,bangsa dan agama,
Ilmu dijulang taqwa landasan,
Hidup bahagia syurga jaminan,
Gemilang ilmu..
Tamadun dijulang,
Menjadi warisan zaman berzaman,
Menjana modal ummah cemerlang,
Wawasan insan terbilang,
Ilmulah asasnya...

Monday, January 3, 2011

Selamat Menempuhi Alam Pendidikan 2011

Sekolah dah bukak...dan pastinya adik-adik kita sudah memulakan sesi persekolahan yang baru...seronoknya mereka...bermacam-macam ragam yang dapat dilihat terutama adik-adik yang baru melangkah ke alam sekolah rendah...teringat pulak masa pertama kali melangkah masuk ke darjah 1..ramai yang menangis sebab nak mak dengan ayah temankan...tapi tak lama..bila dah ada kawan mesti ok la...apa-apa pun belajarlah bersungguh-sungguh supaya kita dapat menghadiahkan kejayaan buat mak dan ayah yang bersusah payah berkorban untuk kita...