Friday, January 21, 2011

Kekayaan Bukan Banyaknya Harta

Dari Abu Hurairah,Rasulullah bersabda :
"Wahai manusia,kekayaan itu bukanlah kerana banyaknya harta,tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa.Sesungguhnya Allah Azzawajlla memberikan kepada hambanya apa yang sudah ditetapkan bahagian rezeki untuk dirinya.Kerana itu berlaku baiklah kamu dalam mencari rezeki.Ambillah apa yang halal dan tinggalkan apa yang haram."(Riwayat Abu Ya'la pada asalnya pada Bukhari dan Muslim).Orang yang kaya bukanlah orang yang banyaknya harta tetapi orang yang kaya ialah orang yang mampu menahan hawa nafsunya dari sifat tamak haloba dan bakhil dalam mengumpul harta.

No comments:

Post a Comment