Tuesday, January 4, 2011

Gemilang Ilmu

Ilmu pemangkin generasi hadhari,
Tanpa ilmu gelaplah dunia,
Tanpa ilmu terpesonglah agama,
Ilmu penyuluh hidup berzaman,
Tanpa ilmu musnahlah bangsa,
Runtuhlah negara,
Hidup terumbang ambing,
Bagai perahu dipukul ombak,
Tidak tahu arah tujuan,
Tidak kenal jalan pulang,
Tuntutlah ilmu semasa muda,
Bila tua hidup berjasa,
Menjadi ingatan setiap manusia,
Ilmu tak kenal pangkat atau darjat,
Bangsa atau agama,
Rupa paras atau kemewahan,
Bagi insan yang berusaha pastikan berjaya,
Ilmu tidak akan habis,
Tapi akan sentiasa bertambah,
Hargailah ilmu..
Tuntutlah ilmu..
Agar cerah masa depan,
Menjadi rakyat yang setia,
Menjadi pemimpin berwibawa,
Untuk negara,bangsa dan agama,
Ilmu dijulang taqwa landasan,
Hidup bahagia syurga jaminan,
Gemilang ilmu..
Tamadun dijulang,
Menjadi warisan zaman berzaman,
Menjana modal ummah cemerlang,
Wawasan insan terbilang,
Ilmulah asasnya...

No comments:

Post a Comment