Tuesday, January 11, 2011

IPTA mana pilihan anda..???

Agaknyer kemana kita selepas keputusan SPM diumumkan nanti..

IPTA

Antara Universiti dan Kolej Universiti Awam di Malaysia :
1.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2.Universiti Malaya (UM)
3.Universiti Malaysia Sabah (UMS)
4.Universiti Putra Malaysia (UPM)
5.Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUiTTHO)
6.Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM)
7.Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
8.Universiti Utara Malaysia (UUM)
9.Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
10.Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM)
11.Universiti Sains Malaysia (USM)
12.Universiti Teknologi Mara (UiTM)
13.Kolej Universiti Kebangsaan Utara Malaysia (KUKUM)
14.Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
15.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
16.Kolej Universiti Sains dan Teknologi (KUSTEM)
17.Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM).

Pilihlah yer...

Program-program yang ditawarkan :

Program Diploma
    Program Diploma ialah program ang menerima kemasukan pelajar lepasan SPM bagi mengikuti program-program di IPTA.Biasanya tempoh masa bagi program ini ialah 3 tahun atau 6 semester.Pemegang diploma berpeluang sama ada meneruskan pengajian ke peringkat ijazah pertama atau memasuki alam pekerjaan.


Program Ijazah Sarjana Muda
     Program ijazah pertama bagi lepasan SPM biasanya mengambil masa empat hingga lima tahun (8-10 semester) dan lulusan Ijazah pertama ini dianugerahkan Sarjana Muda (Bachelor) sama ada Sarjana Muda Ijazah Am (General Degree) atau Sarjana Muda Kepujian (Hon.) berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.


Program Integrasi (di UTM sahaja)
     Program Integrasi merupakan kursus yang memberi peluang kepada pelajar menentukan kelayakannya,sama ada turun ke peringkat diploma atau naik ke peringkat ijazah pertama.Peluang ini ditentukan berdasarkan prestasi pencapaian semasa ujian dalam tempoh program integrasi tersebut.


Program-program Persediaan (di UiTM sahaja)
     Program persediaan (Pra) ditawarkan kepada pelajar yang cemerlang untuk mengikuti kursus tertentu di institusi yang sama (dalam negara) atau program ke luar negara.Ini bertujuan memantapkan lagi persediaan ke peringkat pengajian ijazah kelak atau persediaan penyesuaian silang budaya di Malaysia dan semasa menuntut di luar negara.

No comments:

Post a Comment