Friday, April 15, 2011

"jom makan BABI ISLAM"

COUPLE ISLAMIK....apa 2??

jom baca kisah ni..kot2 paham....



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq,Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.



beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.



Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.



"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”



Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...



p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

(segala watak yang terdapat dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata)

Monday, April 11, 2011

Sahabatku

Sahabatku.. 
Apakah istilah cinta menurutmu?
Adakah perlu cinta itu dengan keluar berdua-duaan?
Adakah perlu cinta itu dengan berpegangan tangan?
Adakah perlu cinta itu bergayut dalam telefon di tengah malam?
Adakah perlu semua itu?
Adakah perlu cinta itu kau menyerahkan mahkotamu yang paling berharga??
Aku kira semua itu tidak perlu..
Cinta itu terlalu suci bagiku
Ia adalah fitrah yang hanya dikurniakan untuk manusia
Mengapa kau perlu mengotorkan cinta itu dengan tingkahmu yang tidak bermaruah?
Cinta itu terlalu subjektif
Cintaa bukan hanya untuk insan berbeza jantina
Cinta juga wujud antara hamba dan pencipta
Antara umat dan rasul
Antara ibu bapa dan anak-anak
Antara adik-beradik
Antara sahabat dan teman
Dan cinta paling kudus
Yang hanya akan dicapai setelah cinta ALLAH, Rasul dan ibu bapa
Iaitu cinta suami dan isteri
Sahabatku..
Luaskan pemikiranmu
Jangan kau katakan cinta itu salah
Tidak..!!!
Cinta itu tidak salah sama sekali
Tetapi kitalah yang telah menampakkan cinta itu salah
Kitalah yang telah mengotorkan nilai cinta itu
Kitalah yang telah meletakkan cinta itu di tahap terendah
Semuanya adalah kerana kita
Ingat sahabatku..
Kau wujud di dunia kerana cinta
Nabi Muhammad menitiskan air mata kerana cinta
Sumayyah syahid kerana cinta
Aisyah cemburu kerana cinta
Bilal terseksa kerana cinta
Semuanya kerana cinta..
Ingatan dariku buatmu sahabatku..
Carilah cinta YANG MAHA ESA
Dan DIA akan memberikanmu cinta insan yang sangat istimewa
Itulah yang aku inginkan
Itulah yang sedang ku cari sekarang
Tetapi..
Aku khuatir melihat sahabat-sahabatku
Yang menilai cinta bukan dengan mata hati
Kerana itu sajak ini ku tulis
Khusus buat sahabat-sabatku tersayang
YA ALLAH..
Ini doaku..
Ini pintaku..
Ini Impianku..
Kurniakan aku cintanya kerana cintaMU

P/S: aku ingin menjadi temanmu di medan jihad.. kau membawa amanah agama di atas bahumu..kau memegang pedang ALLAH dalam perjuangan menegakkan syiar islam..








Saturday, April 9, 2011

Borang SPA 8

Mungkin ad kawan-kawan yang resultnya kurang elok..bolehlah cuba memohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam...yang result cantek pon boleh...borang ni xde tarikh tutup tp sah laku hanya untuk setahun...boleh la cuba isi...
http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I

Friday, April 8, 2011

Sahabat Selamanya


Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

Mencari sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…



Sunday, April 3, 2011

Gerakan Freemason

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara pada akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England,Scotland,Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat.Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).

Kultus kuno

Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir Kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke 2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.
Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jurusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.

Kesatria Templar

Freemason juga dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar(Knight's Templar). Mengikut legenda, pada abad ke 11, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman. Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV. Kesatria Templar dipenjarakan tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali pada abad ke-17 di bawah nama Freemason.

Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada Gereja Ortodoks Timur) bersaing dengan Gereja Katolik Rom. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons dalam bahasa Perancis dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris.

Persatuan tukang batu

Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough mason. Freestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.


Sejarah

Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun ke-16 Masehi. Salah satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason di Edinburgh pada 20 Mei 1641. Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis dalam buku diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di Lancashire, pada 16 oktober 1646.
Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada 24 Jun 1717 dengan terdirinya Loji Besar England (Grand Lodge of England). Dengan terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini menjadi organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan daripada empat cabang Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is which all men agree… that is, to be Good Men and True).
Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benua Amerika.

Etika Freemason

Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka:-


Persaudaraan

Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar pendirian mereka mudah diterima.
Menderma dan beramal kebajikan
Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi untuk menarik lebih ramai pengikut mereka.

Kebenaran

Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik.


Struktur organisasi

Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.
Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri.

Prinsip dan aktiviti utama

Freemason seringkala dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

Gerakan Freemason

Freemason di Amerika Syarikat
George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perishtiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat  yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William Hopper, Benjamin Franklin, Matthew Thornton, William Whipper, John Hancock, Philip Livinston dan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason. Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.

Freemason di Iraq

Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussien, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).

Freemason di Malaysia

Freemason pernah menjadi isu di Malaysia apabila Haji Sulaiman Palestin bertanding jawatan dalam UMNO. Ada dakwaan pemimpin tertentu ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk melonjak naik dalam hierarki negara. Awal 1980-an isu ini kembali senyap dalam persidangan UMNO
Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong,China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
  • Singapura: 3 loji
  • Kuala Lumpur: 3 loji
  • Pulau Pinang: 1 loji
  • lpoh: 1 loji
  • Kuantan: 1 loji
  • Kuching: 2 loji
  • Port Dickson: 1 loji
  • Port Klang: 1 loji
  • Taiping : 1 loji
  • Kota Kinabalu: 1 loji
  • Bangkok: 3 loji
  • Pattaya: 1 loji


Tentangan dan kritikan terhadap Freemason:
Islam dan Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al Aqsa,kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria,Iraq,Jordan,Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan,politik,budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Artarturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir,Maghribi,Lubnan dan Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-semitisme dan anti-zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Kristian dan Freemason

Beberapa mazhab Kriatian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.

Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clement XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.
Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.
Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.


Saturday, April 2, 2011

Everything Is Over

Tepat jam 11.30..dengan rasminya ak single balik..kn ak dh ckp taun ni ak xnk brcinta lg..ak nk fokus untuk mencapai cita-cita ak...sedih tu memang la sedih...ak x sgka la endingnya cmni... ntah la..klau boleh memang ak tak nak nangis...tapi dh ternangis..Mr.S*****..thanks for hurting me...i'll never forget what you have done to me...kesian kt ak...aduishhhh...tp xpe la smuanya dh tersurat...ak ingt nk share kegembiraan saat ak msuk U nanti with him...tapi nk wt cmne..x trcapai jgk hasrat ak...tp heran...ak ni x pnh serik brcinta....patutnya ak dh  x buat bnda ni lama dh...since Mr.A left me 3 yeras ago...tapi ak bt lagi..and last kna tgl lg...padan muka...seandainya dia ad kt depan ak sure ak dh lempang muka dy smpai dy jd x ensem lg..and if dy bca ap y tlis ni..harap-harap dy paham la y ak sangat-sangat la terluka dengan apa y dh dy buat...entah knpa i feel very stupid coz believe him...entah kenapa i feel like he's using me...hilang dah kpercayaan ak kat dy..laaaa..ktorang kan dh break...bt ap ak nk pcya kt dy lg...btol x...?????.Anyway..ak harap dy bahagia la ngn ehem2 baru dy tu...setakat ni ak akn cuba MENGhappy kn diri ak...ak akn buat ap sajer untuk mengurangkan kesedihan ini...

Memang la tak dinafikan walaupun dy bukan cinta pertama ak..tapi dy lah lelaki yang paling lama ak kenal...sebab tu susah nak lupakan...ak cuba memahami y x semestinya kita kenal dy tu dah lama hubungan kita dgn dy akn berkekalan...since ak rse ak dh matured..ak mula memikirkan kmgkinan itu..knpa baru skrg ak takut untuk brcnta lg...knpa x dari dulu...klau dari dulu ak tkut untuk bercinta..tentu perkara ni x kn terjadi...ak tentu takkan dilukai lg...apa-apa pun ak xnk berdendam..sometimes we have to forget it...oleh kerana sekarang ni ak dh single...ak akn menjalani kehidupan ak seperti orang-orang y blom pernah bercinta...ak xkn mudah kalah pada nasib...ak akn cuba mancapai cita-cita ak and ak akn buktikan pada dy y ak bukan lg budak sekolah yang manja...ak dah besar...i'm 18 now...ak dah boleh berdikari..ak x mnja lg mcm dulu..

I will show to him y ak bkn lg ak y dulu...ak y sekarang akn lbh brsemangat menghadapi hari-hari yang mendatang...ak akn buktikan y ak bukan perempuan y ak kalah ditangan kekecewaan..ak akn buktikan y ak perempuan y tegar..perempuan y sentiasa tabah dlm ap jua situasi...yeahhhhh...chaiyookk nadiah...gambate..you are the best...you can do it...bahshya..!!!!!!

Friday, April 1, 2011

Kecewa Seh...!!!!

Sakitnya ati ari ni...pepagi lg dh kena sembur...ap dier engat dyer encem sgt...ak x cntek..that's y lah dy trgmak wt ak cmni...piraaaaaaaaaahhh..engat ak heran...sekali dier x ndak...sejuta kali ak x hingin...ap la punya mamat...sewel r...mmg r dulu ak suke hang out with him...bcoz he's very matured...tapi x sgka...ohhhhh god...i never expected this...mmg ak ckp x kesah p dalam hati ni hanya tuhan je yang tahu....xpe...nanti bila ak dh msuk U ak cri y lg ensem dari dier then ak nk tunjuk kt dier yang pakwe baru ak lg ensem...lau x dapat yang ensem lg dari dier ak wt x tau je la...susahnyer nk lupakan orang y dah kiter sayang selama lima taun...i can't take a minute to forget him...it's very hard to do...kcuali parents la...isk...ak xtau r cmne nk hdapi hari-hari selanjutnya...member smua advise ak agr jgn buat benda yang bukan-bukan...weiiii...ak waras ag r....ak sstill bleh fkir mne y elok and mne yang tak....dyorg rsau btol kat ak...thanks geng coz rsaukn ak...korglah shbt y plg trbaik that i ever have....sehingga tengah hari ni..ak masih cool setelah memvakum carpet kt rumah ari ni...mungkin sebab nk legakan sakit hati ni..ak dengan sukerelanya menawarkan diri untuk memvakum carpet kt rumah ak...the thing that i never do...haha...x sgka ak y pemalas tahap gaban ni bleh wt keje rumah(homework)..haha..laupun x dapat release sepenuhnya..tapi at least kurang la sket kan...eiiii...


Ak dh pasang azam baru mulai hari ni...oleh kerana taun ni ak x kena msuk sekolah maka azam 2011 blom ad lg...nah...hari ni ak dh pasang azam 2011...ak x kn brcnta lg untuk tahun ni,,,ak nk fokus untuk mencapai cita-cita...ak nk jd tecer and i will make sure it will be reality bukan hanya imaginasi semata-mata....Wow...x sgka ayat ak ari ni power banget...haha...akhirnya..setelah bertaun-taun ak mencuba...sebenarnya ak ad tulis a few poem...p xtau mne nk exposed karya ak..last..karya ak jdla karya bawah tanah(underground)..haha...p insyaALLAH lau ad yang berminat...ak akn cuba berkarya dengan lebih baik...ni merupakan salah satu cara ak nak luahkan perasaan...melalui karya-karya ak...ak bebas meluahkan perasaan tanpa menyinggung mana-mana pihak...and xde yang terase...p lau ad yang terase jugak tu..xtau nak cakapla...dah ekau tu feeling sgt..nk wt cmne...


Ok la...last ak nk say thanks kt sumer y rsaukn ak...and sumer yang dah bagi hadiah sempena result ak yang xde la ok sgt tu...buat pak cik ak thanks coz belanja makan kat Pizza Hut ari tu...buat mak cik ak yang bagi tudung yang banyak manik tu...cantik sgt coz ak suka bnda y shiny..
Pic ktorg kt sne..















Kenyang sudah...Bye bye..see you in next entry...!!!!!!!!!